Publication:

Belanjawan 2025 tingkat kapasti OKU merancak ekonomi

Loading...
Thumbnail Image

Abstracts views

9

Views & Download

7

Date
2024
SDG:
Abstract
Golongan orang kurang upaya (OKU) acapkali menghadapi cabaran berat dalam memperoleh peluang pendidikan, pekerjaan, serta kualiti kehidupan saksama dengan masyarakat umum. Tanpa sokongan bersepadu, golongan rentan sebegini akan terus terpinggir dalam arus pembangunan negara. Oleh demikian, Belanjawan 2025 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyasarkan untuk merubah situasi ini dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif bersasar bagi meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan OKU. Dalam Belanjawan 2025, kerajaan memperuntukkan lebih RM1.3 bilion khusus untuk golongan OKU dan kebanyakan tumpuan mungkin diberikan kepada aspek kebajikan, terdapat implikasi ekonomi lebih besar di sebalik peruntukan ini. Menerusi pemberian sokongan kewangan, peluang keusahawanan dan pendidikan kepada OKU, kerajaan juga merangsang pertumbuhan ekonomi negara. Peningkatan peruntukan bantuan OKU kepada RM1.3 bilion berbanding RM1.2 bilion pada 2024 bakal memberi kesan langsung kepada ekonomi. Sebagai contoh, golongan OKU menerima bantuan kewangan bakal mempunyai kuasa membeli lebih baik terutama barangan dan perkhidmatan asas, seterusnya menyumbang permintaan dalam ekonomi domestik, terutama dalam sektor runcit dan perkhidmatan. Apabila lebih banyak pengguna membelanjakan wang dalam ekonomi, ia merangsang aktiviti komersial. Ini adalah prinsip asas dalam ekonomi permintaan, yang mana permintaan barang dan perkhidmatan meningkat akan memacu pertumbuhan perniagaan, terutama dalam sektor seperti runcit, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan.
Keywords
Belanjawan 2025 , Orang kurang upaya (OKU) , Ekonomi
Citation
Md Zabri, M. Z. (2024, November 6). Belanjawan 2025 tingkat kapasti OKU merancak ekonomi. Berita Harian.
Publisher
Berita Harian
DOI
Files

Belanjawan_2025_tingkat_kapasti_OKU_merancak_ekonomi_Mohd Zaidi.pdf

Size: 1.77 MBFormat: pdf

Views: 4 Downloads: 3

Link Entity

Person Search Results

Now showing 1 - 1 of 1