Publication:
Hubungan budaya organisasi dan nilai Islam terhadap amalan etika kerja Islam (EKI) di kalangan penjawat awam di Malaysia
DC Field | Value | |
---|---|---|
dc.contributor.author | Sutera Manis Zamzam | |
dc.contributor.author | Hainnur Aqma Rahim | |
dc.contributor.author | Mohamed Fairooz Abdul Khir | |
dc.date.accessioned | 2021-12-29T03:30:07Z | |
dc.date.available | 2021-12-29T03:30:07Z | |
dc.date.issued | 2020 | |
dc.description.abstract | Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan budaya organisasi dan nilai Islam terhadap amalan etika kerja Islam (EKI) di kalangan penjawat awam di dalam organisasi Islamik. Secara khususnya pula, kajian ini akan memfokuskan kepada ciri-ciri yang ada di dalam teori budaya organisasi Hofstede dan nilai-nilai Islam yang ada di dalam ayat Al-Quran dan seterusnya menganalisis arah dan hubungan yang wujud di antara nilai budaya, nilai Islam terhadap amalan EKI. Kajian ini telah mengemukakan beberapa persoalan kajian iaitu apakah arah dan kekuatan hubungan nilai budaya terhadap amalan EKI dalam organisasi, apakah arah dan kekuatan hubungan nilai Islam terhadap amalan EKI dalam organisasi, bagaimanakah nilai budaya mempengaruhi amalan EKI di dalam organisasi dan bagaimanakah nilai Islam mempengaruhi terhadap amalan EKI dalam organisasi. Kajian dilaksanakan di kalangan penjawat beragama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berkhidmat di agensi Islamik. Analisis statistik inferensi dilakukan di dalam kajian ini untuk melihat perhubungan yang wujud antara pemboleh ubah bebas dengan pemboleh ubah bersandar. Ujian korelasi Pearson dan regresi berganda digunakan untuk melihat hubungan dan arah yang wujud. Pemboleh ubah bebas dalam kajian ini adalah nilai budaya dari enam ciri budaya Hofstede dan nilai Islam di dalam al-Quran dengan melihat kepada pengaruh terhadap tingkahlaku kepada organisasi dan pelanggan di kalangan responden. Pemboleh ubah bersandar di dalam kajian ini pula adalah amalan etika kerja Islam. Kajian ini akan melihat sejauhmana kesedaran responden terhadap elemen nilai budaya yang wujud di dalam organisasi dan di dalam persekitaran kehidupan dan juga melihat kepercayaan kepentingan nilai Islam dalam melaksanakan tugas di dalam organisasi dengan memberi fokus kepada hubungan terhadap organisasi dan pelanggan. Kajian ini membuktikan bahawa amalan EKI dipengaruhi secara signifikan dan keseluruhannya berhubungan secara positif dengan pemboleh ubah kajian. Dapatan kajian ini sedikit sebanyakakan membantu organisasi untuk mengenalpasti mekanisma dalam usaha untuk meningkatkan amalan EKI di dalam organisasi. | en_US |
dc.identifier.citation | Zamzam, Sutera Manis and Rahim, Hainnur Aqma and Abdul Khir, Mohamed Fairooz. (2020). Hubungan budaya organisasi dan nilai Islam terhadap amalan etika kerja Islam (EKI) di kalangan penjawat awam di Malaysia. Jurnal Dunia Pengurusan, 2 (3), pp. 1-15. | en_US |
dc.identifier.issn | 2682-8251 (e-ISSN) | |
dc.identifier.uri | https://ikr.inceif.edu.my/handle/INCEIF/3490 | |
dc.language | Malay | |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | Asian Scholars Network (ASNet) | en_US |
dc.rights | 2020. Asian Scholars Network | |
dc.source | SEDONA | |
dc.subject | Budaya organisasi | en_US |
dc.subject | Nilai Islam | en_US |
dc.subject | EKI | en_US |
dc.title | Hubungan budaya organisasi dan nilai Islam terhadap amalan etika kerja Islam (EKI) di kalangan penjawat awam di Malaysia | en_US |
dc.type | Journal Article | en_US |
dlc.maintopic | Management and leadership | en_US |
dspace.entity.type | Publication | |
ikr.doctype | Scholarly Works | |
ikr.topic.maintopic | Management and leadership | en_US |
relation.isAuthorOfPublication | 325ad663-ebd9-46d2-81ff-41ef5fd9e77a | |
relation.isAuthorOfPublication | 325ad663-ebd9-46d2-81ff-41ef5fd9e77a | |
relation.isAuthorOfPublication | 325ad663-ebd9-46d2-81ff-41ef5fd9e77a | |
relation.isAuthorOfPublication.latestForDiscovery | 325ad663-ebd9-46d2-81ff-41ef5fd9e77a | |
Appears in Collections |