Publication:

Menzahirkan keadilan dalam rasionalisasi subsidi RON95

Abstracts views

2

Views & Download

0

Date
2024
SDG:
Abstract
Subsidi secara pukal bagi petrol RON95 telah menjadi isu utama kerana perbelanjaan besar yang mencecah RM81 bilion pada tahun 2023. Sebagai langkah mengurangkan beban fiskal negara, YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan melalui Belanjawan 2025 bahawa golongan T15 atau mahakaya bakal dikenakan harga pasaran semasa bagi petrol RON95. Manakala 85% daripada rakyat akan terus menikmati harga subsidi RM2.05 per liter. Menteri Ekonomi Rafizi Ramli kemudiannya menjelaskan bahawa pengelasan subsidi ini akan didasarkan pada pendapatan bersih isi rumah berbanding pendapatan kasar bagi memastikan pengagihan lebih tepat. Kendatipun begitu, usaha ini harus dilaksanakan dengan berhati-hati umpama ‘menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berserak’ agar tiada pihak yang teraniaya.Rentetan cadangan untuk menetapkan ambang pendapatan RM13,000 sebagai syarat kelayakan subsidi telah menimbulkan kebimbangan signifikan, khususnya di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, di mana kos sara hidup jauh lebih tinggi berbanding kawasan luar bandar.
Keywords
Subsidi , Rasionalisasi , RON95
Citation
Md Zabri, M. Z. (2024. December 16). Menzahirkan keadilan dalam rasionalisasi subsidi RON95. Radio Televisyen Malaysia.
Publisher
Radio Televisyen Malaysia, Berita Ehwal Semasa (BES)
DOI

Link Entity

Person Search Results

Your search returned no results. Having trouble finding what you're looking for? Try putting quotes around it